MP Setiawangsa lancar buku kisah PRU14

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad melancarkan buku terbaru beliau di pusat membeli-belah The Curve, Petaling Jaya semalam.

Buku bertajuk ‘9 May 2018: Notes from The Frontline’ itu mengisahkan cerita di sebalik tabir perjalanan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 menerusi kacamata bekas ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu.

Hadir untuk bersama melancarkan buku tersebut adalah tetamu istimewa majlis iaitu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penerbit buku dari GerakBudaya, Chong Ton Sin yang lebih dikenali sebagai Pak Chong.

Turut memeriahkan pelancaran tersebut adalah kugiran One Buck Short yang membuat persembahan ringkas untuk menghiburkan hadirin.

Nik Nazmi sejak dahulu lagi aktif menulis esei dan beberapa buah buku sejak menjdi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia lagi.

Beliau pernah menyunting rampaian esei ‘Jiwa Merdeka: Himpunan Esei Pimpinan Muda KEADILAN’, menulis buku ‘Suara Anum: Menyusuri Arus Reformasi’, dan buku ‘Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21’.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72644

Posted by on Dec 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE