MP Tangga Batu agih lampin dewasa kepada golongan memerlukan

Anggota Parlimen Tangga Batu, Dr Rusnah Aluai mengagihkan 400 pek lampin dewasa pakai buang kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bagi membantu golongan yang memerlukan di Parlimen Tangga Batu.

Menurutnya, bantuan lampin dewasa itu datang daripada peruntukan pihaknya sebanyak RM1 juta.

“Melalui peruntukan itu, kami juga turut menyalurkan bantuan lain termasuk kerusi roda, katil pesakit, kerusi tandas, mesin rumput serta pelbagai lagi dalam membantu masyarakat di dalam komuniti ini.

“Agihan ini akan dijalankan secara berperingkat malah bantuan lain termasuk mesin rumput, kerusi dan fasiliti lain digunakan untuk kegunaan ramai dan akan diseliakan di bawah Japerun.

“Perkara ini disebabkan sebelum ini jika ada sesebuah program kemasyarakatan dijalankan penduduk akan memohon bantuan termasuk menyewa kerusi dan peralatan lain.

“Jadi, dengan bantuan ini ia akan mengurankan kebergantungan terhadap peruntukan dan akan memanfaatkan bantuan fasiliti yang disediakan Parlimen,” katanya memetik laporan MelakaKini.

Rusnah optimis bantuan itu mampu memantapkan hubungan Japerun dengan Parlimen dalam menjaga kebajikan masyarakat.

“Perkara ini akan membawa dua pihak ini bagi menjalinkan kerjasama baik melalui kepimpinan yang ada pada hari ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74111

Posted by on Oct 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE