MPKKP Persekutuan di negeri pembangkang tahun depan

Penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) akan tetap diteruskan bermula 1 Januari tahun depan di lima negeri pembangkang, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah, MPKKP itu akan wujud selari dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang sedia ada di negeri-negeri berkenaan.

Keputusan itu dibuat kerana MPKK dan JKKK di negeri terbabit tidak menyampaikan maklumat tentang dasar dan program kerajaan kepada rakyat.

“Keputusan itu dibuat selepas usaha lebih setahun mencuba sistem di negeri-negeri ini, tapi kita lihat memang kita alami kesusahan, cabaran dan halangan besar untuk pastikan maklumat yang lengkap tentang program dan dasar kerajaan pusat.

“Kita dah bagi peluang, kita dah cuba setahun lebih (sejak PRU-14) untuk lihat struktur itu boleh berfungsi untuk semua pihak. Tapi kita dapati tak menjadi.

“Sebab itu kita buat keputusan ini, dan keputusan ini bukan di peringkat kementerian, tetapi di peringkat jemaah menteri. Semua sudah duduk berbincang, dan inilah keputusannya, kita akan tubuhkan MPKKP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat malam tadi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74284

Posted by on Nov 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE