MTUC seru pekerja sertai himpunan bantah GST, laksana gaji minima

Bantah_GST_KUALA LUMPUR 30 APR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa golongan pekerja mengambil bahagian dalam himpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) esok.

Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, semua pihak terutamanya pekerja diseru menunjukkan solidariti bagi menuntut kerajaan peka terhadap nasib pekerja yang masih ramai tertindas.

Abdullah menyatakan kerajaan gagal memelihara kebajikan pekerja dan terbaru kelemahan penguatkuasaan kadar gaji minima yang sepatutnya terlaksana mulai 1 Januari 2013 menjadi isu fokus perjuangan MTUC.

“Paling ketara kerajaan gagal menguatkuasakan peraturan gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah serta Sarawak,” kata Abdullah, lapor Harakahdaily.

Himpunan Bantah GST Sampai Tumbang Hari Pekerja 1 Mei 2014“Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada masa sama terus meningkat ekoran kadar inflasi yang tinggi dan ini semua terus membebankan sebahagian besar pekerja berpendapatan rendah,” ujarnya yang juga ahli parlimen Kuala Langat.

Terdahulu, Abdullah memaklumkan himpunan membantah cukai GST yang dianjurkan MTUC diadakan lebih awal di Padang Timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 8 hingga 11 pagi.

Manakala Himpunan 1 Mei akan bermula dan dipimpin beberapa organisasi antaranya dari KLCC (NGO), Sogo (Angkatan Muda KEADILAN), Masjid Negara (Pemuda Pas) dan Dataran Maybank, Pudu (pimpinan nasional Pakatan Rakyat)

Kumpulan dari semua lokasi bergerak ke Dataran Merdeka secara serentak bermula jam 2 petang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61196

Posted by on Apr 30 2014. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE