Mufti beri panduan hadapi fitnah

Penyebaran video tular yang mengaitkan dengan seorang menteri kabinet dan seorang lelaki mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad.

Gusar dengan keadaan politik semasa negara, Dr Zulkifli tampil dengan empat buah artikel Bayan Linnas berhubung isu ini.

“Oleh kerana merasakan perlunya satu panduan yang tuntas kepada umat Islam di Malaysia, saya meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian dan menyiapkan empat buah artikel Bayan Linnas berhubung isu ini petang tadi,” katanya.

Dr Zulkifli menjelaskan, menerusi empat artikel yang bertajuk ‘Peristiwa al-Ifki (Fitnah Terhadap A’isyah RA): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa’, ‘Bahaya Fitnah’, ‘Isu Qazaf: Adakah Termasuk Tuduhan Liwat?’ dan ‘Tabayyun Dalam Penerimaan dan Penyampaian Berita’, ia disifatkan sebagai tanggungawabnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan.

“Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan dan mencari keredhaan Allah SWT selepas kita disucikan dengan ibadat puasa, zakat fitrah dan qiam pada Ramadhan yang lalu,” katanya.

Keempat-empat artikel itu boleh dicapai menerusi pautan http://bit.ly/hadithifk, http://bit.ly/bfitnah, http://bit.ly/qazafliwat dan http://bit.ly/tabayyunberita.

Awal pagi Selasa lalu negara digemparkan dengan video sumbang yang menonjolkan seorang lelaki menyerupai Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Aziz dan pemimpin KEADILAN.

Sehari kemudian Haziq ‘muncul’ menerusi video Facebook dan mengaku terlibat dalam video itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menyifatkan video itu sebagai cubaan menjatuhkan karier politik beliau.

Ketua Cabang KEADILAN Santubong, Ahmad Nazib Johari menafikan lelaki yang membuat pengakuan itu adalah Haziq.

Sehingga kini Haziq tidak muncul secara langsung dan hanya memuatnaik laporan polis di media sosial mendakwa kerajaan tidak serius melaksanakan reformasi sejak video itu tular.

Beliau juga digantung tugas sebagai setiausaha kanan timbalan menteri perindutrian utama secara serta-merta bermula semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73605

Posted by on Jun 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE