‘Mungkin PAS mahu Najib kekal PM’

Presiden Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengganggap PAS mungkin mahu melihat Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri sekaligus cenderung menyokong Umno BN untuk kekal berkuasa.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menolak cadangan Harapan untuk melantik perdana menteri sementara yang dianggap tidak menepati perlembagaan.

“Saya rasa mungkin PAS apabila Setiausaha Agung dia kata, PM sementara tidak ikut perlembagaan itukan, jadi PAS hendak mengekalkan perdana menteri sekarang.

“Sebab itu dia ada puji-pujian. Saya tidak tahulah, ini spekulasi,” katanya kepada media di Putrajaya pagi ini, lapor The Malaysian Insight.

Najib sebelum ini memuji Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘pembangkang yang baik’ dan pada masa sama menyerang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pujian itu dilontarkan Najib sewaktu PAS dan Hadi dilihat tidak serius mahu menumbangkan Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70944

Posted by on Jan 2 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE