Nahas kakitangan PKNS di Turki: TPM ucap takziah

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan takziah kepada waris kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang terkorban dalam kemalangan bas di Afyonkarahisar, Turki, semalam.

Beliau turut menyifatkan kemalangan yang mengakibatkan 10 lagi mangsa mengalami kecederaan serius itu sebagai satu tragedi yang tidak dijangka.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Encik Azalan Miswan yang telah meninggal dunia di Turki. Dia (kakitangan) dari PKNS.” 

“Ini memang satu tragedi yang kita rasa amat malang dan tidak berbau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Rakyat Malaysia yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Azalan Miswan, yang meninggal dunia pada 11.45 pagi waktu Turki.

PKNS dalam kenyataannya semalam memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Turki berhubung kemalangan jalan raya membabitkan bas membawa rombongan 35 rakyat Malaysia, termasuk sebahagian adalah anggota perbadanan itu.

Azalan disahkan meninggal dunia selepas bas dinaiki ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodocia, Turki hilang kawalan sebelum terbabas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74153

Posted by on Oct 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE