Naib Presiden KEADILAN lancar buku rakam pengalaman dipenjarakan

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melancarkan buku beliau yang bertajuk ‘Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan dari Penjara Kajang’ semalam.

Pelancaran buku itu disempurnakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya.

Tian Chua yang merupakan mantan ahli Parlimen Batu dan lebih dikenali sebagai aktivis Reformasi berkongsi kisah beliau dipenjarakan serta falsafah di sebalik peristiwa tersebut dalam buku itu.

Berkongsi pengalamannya dalam 43 bab, buku ini boleh dibeli di kedai buku berdekatan dengan harga RM35 sahaja.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad turut melancarkan buku beliau berjudul ‘Notes from The Front Lines’ yang mencatatkan pengalamannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72698

Posted by on Dec 14 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE