Najib, berapa banyak lagi ‘Selasa depan’ perlu rakyat tunggu?

KUALA LUMPUR 11 JULAI: Minggu lalu genap dua tahun sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman akan menyaman akhbar The Wall Street Journal (WSJ) pada hari ‘Selasa depan’.

Namun, sindir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, ini bermakna 104 kali ‘Selasa depan’ telah berlalu tanpa sebarang tindakan saman terhadap WSJ oleh Najib.

Fahmi“Sejak pengumuman ‘bersejarah’ dua tahun lalu itu, bukan sahaja Najib masih menantikan ‘Selasa depan’ untuk menyaman WSJ, malah para netizen juga masih menantikan (tindakan) isterinya,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Tidak sampai tiga minggu yang lalu, Rosmah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan “serangan dan tuduhan palsu” terhadap beliau.

Menurut firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka “memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat” terhadap anak guamnya itu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, umum sedar pengumuman tindakan saman oleh Najib dan isteri beliau berkait dengan dakwaan-dakwaan yang cukup besar.

“Berapa banyak ‘Selasa depan’ lagi yang perlu rakyat Malaysia tunggu sebelum Najib menyaman WSJ kerana jika selepas 104 kali ‘Selasa depan’ pun masih tidak saman, maka persepsi orang ramai terhadap semua dakwaan akan mengukuh,” tambahnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70197

Posted by on Jul 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE