Najib beri lampu hijau untuk media BN serang Pakatan – Surendran

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 15 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab memberi
keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, serangan itu pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib.

“Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang
Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New
Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta
memburukkan Pakatan, kata Surendran.

“Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,”
katanya.

Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO
sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.

“Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak
menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas.

“Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera
politik fitnah dan bohong,” katanya lagi.

Sebelum ini, mahkamah pernah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam
akhbar NST pada 2 Mac 2002 dan diarahkan membayar gantirugi RM100,000 serta kos RM20,000 kepada Anwar
berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan
berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai
akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Khassim Mohamed semalam dilapor menegaskan, pihaknya
akan melakukan siasatan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilapor berkata, Anwar perlu tampil
memberi penjelasan berhubung perkara sama.

Katanya, jika Anwar merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang
mendedahkannya.

Bagaimanapun, Anwar pada hari yang sama berucap pada program Dialog Ekonomi di Petaling Jaya menyambut cabaran

Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu
terlebih dahulu mengisytiharkannya.

Anwar juga sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan semua akaun terbabit.

“Jika Muhyiddin setuju, maka siasatan itu perlu disegerakan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31653

Posted by on Jun 15 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE