Najib beri projek Puspahanas kepada Awan Megah & syarikat berus gigi

(Oleh Aedi Asri)

PETALING JAYA 4 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan.

Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005.

“Projek itu libatkan mereka bentuk dan membina sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan, Kementerian Pertahanan berjanji akan pindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 seluas 96.825 ekar, Lot 1158 (45.42 ekar) dan PT216 (81.085 ekar).

“Ramai lupa, ia adalah tanah yang mahal (prime land) di Shah Alam…di kelilingi kawasan perumahan mahal yang baru naik dan kawasan perindustrian. Tanah seluas 223.3 ekar ini yang asalnya untuk bina kem tentera, kini jadi tanah yang cukup mahal dan diberi kepada Awan Megah,” katanya.

Awan Megah dimiliki Raja Roopiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Menurut Rafizi, maklumat kewangan terakhir Awan Megah yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 dan menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti.

“Oleh kerana Awan Megah adalah syarikat Ali Baba, ia terpaksa lantik GuppyUnip Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk biaya dan siapkan projek.

“GuppyUnip dikuasai Cheong Chow Koh, melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya, Unip Berhad. Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah pengilang berus gigi,” dedah Rafizi di ibu pejabat parti.

Tambah beliau, semakan melalui SSM menunjukkan GuppyUnip ditubuh pada 9 Disember 2009 dan tiada pengalaman dalam bidang pembinaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42406

Posted by on Jan 4 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE