Najib bukan saja perlu letak jawatan, rakyat wajib tolak BN

KUALA LUMPUR 16 APRIL- Bukan sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan, bahkan rakyat perlu menolak kerajaan BN bagi menghentikan penyelewengan wang rakyat, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau merujuk serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib Razak berhubung urustadbir kerajaan termasuk kerugian ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

ZuraidaMenurut Zuraida, bekas Perdana menteri itu telah menyatakan secara jelas bahawa ramai pihak akan didakwa di mahkamah sekiranya Barisan Nasional mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Bukan sahaja Najib perlu meletak jawatan, tetapi rakyat perlu tumpukan pada tekanan yang lebih melalui peti undi untuk memastikan bahawa BN tidak lagi akan berkuasa jangka masa akan datang.

“Ini adalah untuk menghentikan semua salah urus wang rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini mempersoalkan tentang perbelajaan luar biasa kerajaan seperti pembelian jet baharu, perkahwinan mewah dan program Permata oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

“Jumlah besar perbelanjaan tersebut adalah tidak bermoral terutama ketika rakyat dipaksa untuk membayar GST 6% untuk menampung jumlah hutang negara┬áterkumpul oleh kerajaan BN,” katanya.

Menurutnya, kerajaan BN sehingga kini gagal memberi penjelasan konkrit bagaimana 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dengan bank-bank tempatan dan gagal membayar pinjaman.

 

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66120

Posted by on Apr 16 2015. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE