Najib ditahan SPRM dan bakal didakwa esok

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2.35 petang tadi dan dijangka didakwa esok berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Penangkapan Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur diumumkan Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam kenyataan petang ini.

“Najib akan dituduh pada 4 Julai pada jam 8.30 pagi di mahkamah Kuala Lumpur,” kenyataan pasukan itu dipetik.

Pasukan petugas khas itu ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan apabila mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Ia dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Hamid Bador.

Najib sebelum ini hadir memberi keterangan kepada SPRM selama dua hari berturut-turut pada 23 dan 24 Mei.

Beliau yang kini ketua Umno Pekan dikaitkan dengan dakwaan salah laku melibatkan wang RM42 juta yang ditemui dalam akaun persendiriannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71966

Posted by on Jul 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE