Najib korban orang lain untuk selamatkan Isa Samad sindir Azan

KUALA LUMPUR 12 JUN: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, berkata, pelantikan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bagi meneliti fakta kes dan menyelamatkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), menimbulkan keraguan sewaktu krisis kepimpinan syarikat tersebut sedang meruncing.

Katanya, tindakan ini seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menyelamatkan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad yang mempunyai rekod lampau berkaitan politik wang daripada dikeluarkan dari pengurusan Felda.

“Sesiapa yang mahu bantu selamatkan Felda kita terima. Tetapi pelik, tiba-tiba hantar Idris Jala untuk siasat. Orang yang diragui seperti Isa Samad bebas siasatan, yang dituju siasatan pula orang lain. Saya agak ini ada agenda lain bukan untuk menyelamatkan kemelut dalam Felda.

“Nampak sangat Najib cuba menyelamatkan orang-orang dia, Isa Samad sampai sekarang tidak disiasat. Banyak helah digunakan Isa untuk selamatkan diri dia, dia jatuhkan kesalahan terhadap orang lain,” katanya kepada KeadilanDaily.

Dalam pada itu, Azan menegaskan bahawa isu kemelut dalam Felda dibesar-besarkan kerana Najib mahu mengalihkan perhatian umum tentang isu yang diperkatakan rakyat ketika ini, iaitu pembayaran sebanyak RM9.5 juta untuk peguam Umno Muhammad Shafee Abdullah bagi memenjarakan saudara Anwar Ibrahim.

“Najib akan pilih apa sahaja bidang untuk dikorbankan semata-mata alih pandangan perbincangan masyarakat yang menjadi negatif pada dia.

“Saya tengok Najib sanggup aniayai Felda sebagai organisasi dan warga peneroka kerana nak elak diri jadi fokus masalah utama negara, yang ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang pemberian wang kepada Shafee.

“Tak ada lagi sakal besar kecuali Felda, bom yang mudah diletupkan isu terdahulu, kehakiman dirasuah agak berjaya sekarang ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70096

Posted by on Jun 12 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE