Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar

Putrajaya sehingga kini tidak pernah menyangkal dakwaan bahawa RM9.5 juta wang rakyat digunakan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk mengupah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan kes Fitnah II.

Perkara itu didedahkan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada hakim Azizah Nawawi dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Dakwaan itu tidak disangkal dengan bukti bahawa pendakwa (Shafee) dibayar RM9.5 juta untuk transaksi oleh saksi penting, iaitu Najib,” kata peguam Anwar dalam penghujahan mereka, lapor Malaysiakini.

Kerajaan, yang dinamakan sebagai responden dalam saman asal, memohon mengetepikan saman itu yang mendesak agar Najib dan Shafee mendedahkan penyata kewangan mereka.

Permohonan itu dibuat dalam kamar hari ini.

Terdahulu, peguam Anwar yang diketuai oleh bekas hakim persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama N Surendran dan Latheefa Koya, memohon supaya prosiding dibuat di mahkamah terbuka, bawah Seksyen 15, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA).

Bagaimanapun, Azizah menolak permohonan itu tanpa mendengar sebarang penghujahan daripada peguam kanan persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud yang bertindak bagi pihak kerajaan.

Peguam Anwar memberitahu mahkamah bahawa Ketua Umum KEADILAN itu berhak mendapatkan perbicaraan adil, bagi mendapatkan hak merayu di semua peringkat, di bawah Perkara 5(1) Persekutuan Persekutuan.

Kata mereka, Anwar berhak mendapatkan pendakwa bebas yang tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Pihak pendakwaan, yang mempunyai kepentingan kewangan dalam prosiding itu, patut tidak dibenarkan menjalankan prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kata mereka.

Pasukan pendakwaan diketuai Awang Armadajaya, Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa dan K Mangai bertindak bagi pihak pendakwaan. Nur Emilia Mohd mewakili Najib.

Shafee turut hadir di mahkamah.
Aziah menetapkan 24 Oktober depan untuk menyampaikan keputusannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70610

Posted by on Oct 5 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE