Najib takut kalah di Selangor ‘macam ada badan tak ada tangan’

Sidiqin Omar

 

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Razak lebih takutkan kalah di Selangor sekalipun Umno BN masih berpeluang mengekalkan Putrajaya, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Najib sangat takut. Kalau BN menang di Putrajaya tapi tak menang di Selangor – ‘macam ada badan tapi tak ada tangan’,” kata calon DUN Pelabuhan Klang itu.

Ucapan Khalid itu disambut ketawa kira-kira 10,000 hadirin di padang AU2, Keramat Gombak di sini, malam tadi sempena pengumuman calon KEADILAN bagi Parlimen dan DUN Selangor.

Najib juga adalah Pengerusi BN Selangor.

IMG_8399Beliau berterima kasih kepada rakyat yang memilih KEADILAN pada PRU 12 dan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri paling kaya di Asia Tenggara itu.

Katanya, pegawai kerajaan negeri kini selesa bekerja dan melaksanakan dasar pro-reformasi selepas melihat sendiri manfaat yang diperoleh rakyat.

“Dulu orang tak berani sokong KEADILAN dan Pakatan. Jadi, saya kerja tujuh hari seminggu selama lima tahun. Saya kena kerja dengan amanah,” katanya.

Khalid bertanding kerusi DUN N46 Pelabuhan Klang manakala kerusi N11 DUN Ijok yang disandangnya diwakili Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.

 

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50390

Posted by on Apr 15 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google