Najib utamakan kroni, abai pembangunan jeti Kuala Kedah

KUALA LUMPUR 21 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mendahulukan kerja menaik taraf Jeti Kuala Kedah berbanding dua projek mewah St Regis Hotel dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

johari-abdulAhli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Jeti Kuala Kedah itu kerap mengalami kesesakan luar biasa hingga menyusahkan orang ramai dan pelancong asing.

Tambahnya, masalah itu turut diakui sendiri oleh Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dalam laporan media tempatan.

“Perkhidmatan feri pula tidak mencukupi setiap kali tiba musim cuti sekolah hingga ada yang tidur di terminal jeti. Pada akhir tahun 2015 pula, ribuan pelancong terkandas di Jeti Kuala Kedah dan Langkawi.

“Sebaliknya, Najib lebih mementingkan kroni apabila sanggup melabur RM380 juta kepada dua projek mewah demi kawan baiknya, Tan Sri Peter Sondakh,” ujarnya dalam kenyataan.

Johari menjelaskan, Kerajaan Persekutuan hanya memiliki pegangan 60 peratus walaupun membayar 90 peratus bagi kedua-dua projek mewah itu.

Sebaliknya Sondakh selaku peneraju Kumpulan Rajawali yang melaksanakan projek mewah St Regis Hotel dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) itu cuma berbelanja RM41 juta untuk mendapatkan pegangan 40 peratus.

Justeru, beliau mendakwa ia suatu pembaziran kerana dana sebesar itu boleh mengatasi masalah kesesakan jeti Kuala Kedah dengan melakukan kerja naik taraf, mengatasi masalah perkhidmatan feri dan sebagainya.

“Persoalannya mengapa Najib lebih berminat membantu Sondakh sedangkan pembangunan untuk rakyat di Kedah tidak diberi keutamaan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69829

Posted by on Mar 21 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE