Nama calon PRK Rantau sebelum Selasa

Nama calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil (PRK) Rantau bakal diketahui sebelum Selasa ini.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, KEADILAN Negeri Sembilan memajukan enam nama untuk dipertimbangkan.

“Kami juga membincangkan perkara ini dengan Majlis Presiden semalam. Mungkin esok atau lusa saya akan umumkan nama calon,” katanya semalam selepas merasmikan pejabat KEADILAN Cabang Rembau semalam.

Ditanya jika Timbalan Ketua Cabang Rembau Dr S Streram akan dikekalkan sebagai calon, Anwar tidak menolak kemungkinan tersebut.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku. Kami akan mempertimbangkan hak, peranan dan sumbangan beliau kepada parti, termasuklah turun naik mahkamah sebelum ini.

“Parti tentunya akan menghargai calon yang boleh bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.

Hari mengundi PRK Rantau jatuh pada 13 April sementara hari penamaan calon pada 30 Mac ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73062

Posted by on Mar 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE