Negara tidak bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah – Musa Hitam

KUALA LUMPUR 13 MAC: Negara tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara, kata Tun Musa Hitam.

musa hitamTegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, tidak adil jika menganggap negara akan bankrap di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, jika Pakatan mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

“Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

“Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan buat ekonomi bankrap,” kata Musa dipetik Sinar Harian.

Musa berkata demikian pada sidang media semalam ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika Pakatan mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47198

Posted by on Mar 13 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google