Negeri Sembilan lancar kempen asingkan plastik dari sampah

Negeri Sembilan akan melaksanakan kempen untuk mengasingkan plastik daripada sampah domestik.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berharap kempen itu akan dapat menyedarkan masyarakat mengenai bahaya penggunaan plastik yang tidak dikawal.

“Kita akan buat kempen secara besar-besaran khusus kepada penduduk di Negeri Sembilan, supaya plastik ini dapat diasingkan penggunaannya,” katanya.

“Kita nak elakkan mereka buang (beg plastik) sesuka hati, (sebab) akan rosak alam sekitar kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan 2019 di Seremban, semalam.

Kempen ini adalah susulan kepada keputusan Kabinet pada 10 Oktober 2018 yang meancarkan agenda ‘Malaysia’s Road Map Towards Zero Single-Use Plastics, 2018-2030’.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73847

Posted by on Aug 5 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE