NFC milik suami Wanita Umno masih hutang RM248 juta

Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) milik suami ketua Wanita Umno masih berhutang RM248 juta dengan Putrajaya selepas skandalnya dibongkar KEADILAN.

Fakta itu diketahui menerusi jawpan Kementerian Kewangan kepada soalan lisan Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat.

Sim mengajukan soalan tentang jumlah soft loan yang masih belum dibayar balik NFC kepada Putrajaya setakat Disember 2017.

“Untuk makluman Yang Berhormat, baki pinjaman belum selesai NFC sehingga 31 Januari 2018 berjumlah RM248,194,737.81.

“NFC telah membuat bayaran balik pinjaman kepada kerajaan sebanyak RM34.98 juta pada 2012 dan 2013.

“Jumlah wang sitaan NFC dan syarikat berkaitan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berjumlah RM46,934,703.17,” jawapan Kementerian Kewangan dipetik.

Pada 2011, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan pembelian unit kondominium mewah oleh NFC yang dimiliki Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Skandal tersebut mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara pada 2010 juga mendedahkan NFC gagal mencapai sasarannya untuk menternak 8,000 ekor baka lembu di Gemas, Negeri Sembilan.

Kegagalan itu berlaku selepas NFC diberikan pinjaman mudah RM250 juta dan geran mudah sebanyak RM6 juta oleh Putrajaya dan tanah seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71427

Posted by on Mar 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE