NGO demo bantah kezaliman India di Kashmir

NGO-NGO Islam diketuai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan kerajaan India mencabul hak asasi manusia penduduk di Jammu & Kashmir yang jadi wilayah rebutan antara negara itu dengan Pakistan.

Kira-kira 200 orang berhimpun di perkarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi di mana beberapa wakil NGO menyampaikan ucapan mereka, antaranya Presiden ABIM Mohamad Raimi Abdul Rahim, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Azmi Abdul Hamid, dan CEO Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Shamsuddin.

“Undang-undang baru India membolehkan warga India yang bukan warga Kashmir membeli tanah, jadi warga Kashmir dan mengundi.”

“Inilah yang berlaku di Xinjiang, apabila etnik Uyghur disumbat ke kem-kem tahanan. Ini juga berlaku di Arakan apabila Myanmar laksana penghapusan etnik kepada bangsa Rohingya.”

“Ini juga dilakukan secara konsisten rakan baik (Narendra) Modi (Perdana Menteri India), iaitu kerajaan Zionis Israel yang memenjara warga Gaza dan Palestin,” kata Raimi dalam ucapannya.

Jelas Raimi dalam sidang media selepas itu, mereka ke Kedutaan India pagi ini menyerahkan memorandum bantahan.

“Kita mewakili masyarakat sivil rakyat Malaysia menyatakan secara tegas memprotes tindakan kerajaan India memasuki secara tidak sah dengan menghantar tentera, melakukan tangkapan, penculikan, menahan rakyat biasa, menggelapkan media dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Azmi Abdul Hamid meminta Perdana Menteri (PM), Dr Mahathir Mohamad membawa isu Kashmir ke

“Kita minta Dr Mahathir yang berjumpa Modi di Russia, agar jangan tinggalkan ucapan tentang Kashmir pada persidangan PBB akan datang.”

“Kita juga minta PBB segera campur tangan dengan hantar tentera pengaman ke Kashmir. Jangan lagi kecam, sebaliknya bertindak kerana jika berlaku perang India-Pakistan, akan jadi mala petaka kerana kedua-duanya kuasa nuklear,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73996

Posted by on Sep 6 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE