Nik Nazmi: Anwar kekal relevan sebagai bakal PM ke-8

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tetap optimis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh yang bakal memimpin negara walaupun beliau kini terpenjara kerana fitnah politik.

Bercakap dalam program Uji YB yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Invoke Malaysia semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu berkata karakter seperti Anwar sukar dicari ganti apabila mengenangkan kejayaannya membuka lembaran parti politik tunggal pelbagai kaum di Malaysia.

“Datuk Seri Anwar masih relevan kerana beliau menunjukkan kesanggupan untuk membayar harga paling tinggi dalam perjuangan

“Susah nak cari orang macam itu. Orang masuk politik, masuk pembangkang itu ramai tapi yang sanggup keluar masuk penjara dan diaibkan tetapi tetap berjuang, itu susah nak cari.

“Beliau membawa gagasan politik yang baru, yang progresif yang bertunjangkan keadilan yang bersifat pelbagai kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan penonton program itu yang mengajukan soalan menerusi laman Facebook Invoke.

Menurutnya lagi, semua pihak dalam Pakatan Harapan sepakat bahawa Anwar bakal menjadi perdana menteri Malaysia yang kelapan apabila beliau dibebaskan dan Harapan mentadbir negara.

“Tentang kedudukan perdana menteri ke-7, ke-8 kita sudah jelas.

“Semua pihak termasuk (Pengerusi Pakatan Harapan) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan semua parti dalam Pakatan Harapan bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar sebagai perdana menteri kelapan bagi negara.

“Tetapi bagi (PM) yang ketujuh saya ingat kita akan teruskan perbincangan insya-Allah dan kita akan capai satu muafakat terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Anwar yang kini dipenjarakan kerana Fitnah II diangkat sebagai ketua umum Pakatan Harapan sekaligus bekerja bersama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Harapan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70465

Posted by on Sep 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE