Nik Nazmi cadang gaji RM4000 mula bayar PTPTN

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan agar graduan hanya mula diwajibkan membayar Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) apabila gaji mereka mencecah RM4000.

Cadangan itu diajukan Nik Nazmi yang juga merupakan exco pendidikan Selangor itu setelah mengambil kira tuntutan ekonomi golongan muda hari ini.

“Majoriti besar peminjam PTPTN bergelut dengan gaji rendah. Motosikal atau kereta adalah keperluan untuk mereka.

“Mereka juga perlu membayar sewa rumah. Sesetengah daripada mereka perlu menghantar wang pulang kepada keluarga di kampung,” katanya, memetik The Malaysian Insight semalam.

“Tambah pula dengan kos sara diri yang tinggi, ramai peminjam tidak punya baki cukup untuk bayar PTPTN. Sebab itu sebelum diperkenalkan pendidikan percuma, Pakatan Harapan gesa pembayaran semula PTPTN dibuat hanya selepas gaji graduan mencapai RM4,000,” katanya.

Beliau juga menggesa PTPTN agar meneladani Selangor dalam aspek peruntukan dana pendidikan yang semakin menungkat setiap tahun dan pelaksanaan pinjaman tanpa faedah.

Katanya, Selangor memberikan pendidikan percuma secara berperingkat bermula dengan Universiti Selangor melalui Skim Dermasiswa untuk semua Program Asasi.

Menurutnya, langkah itu dibuat sewaktu kerajaan negeri meraih jumlah hasil lebih kecil – RM2 bilion berbanding kira-kira RM200 bilion yang diperolehi kerajaan Persekutuan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70876

Posted by on Dec 18 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE