Nik Nazmi desak Putrajaya jelaskan isu 1MDB susulan laporan US

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Putrajaya menjelaskan sebab di sebalik ketiadaan tindakan daripada Putrajaya terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan ulasan Peguam Negara Amerika Syarikat semalam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu membuat desakan susulan ucapan Peguam Negara AS, Jeff Sessions yang mendedahkan bahawa siasatan terhadap kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyumbangkan hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai USD3.5 bilion yang dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat.

“Yang sangat menarik perhatian adalah sementara rampasan daripada rasuah di Itali, Kazakhstan, Nicaragua, Korea Selatan dan Taiwan disebut, satu-satunya contoh yang dipilih oleh Peguam Negara Amerika untuk dihurai secara mendalam dalam ucapannya adalah kes 1MDB.

“Berdasarkan perkara di atas, pihak berkuasa Malaysia mesti menjelaskan mengapa tiada siapa yang didakwa, malah mengapa tiada tindakan perundangan nampak diambil terhadap sesiapa, untuk sebarang kesalahan berkaitan 1MDB,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Nik Nazmi lagi, perkembangan terkini kes itu menyebabkan rakyat sangsi jika kerajaan sebenarnya ada menyalurkan maklumat kepada Amerika bagi membantu siasatan mereka.

“Sekiranya Malaysia betul-betul bekerjasama dengan kerajaan Amerika dalam hal ini, maka apa yang hanya perlu dilakukan adalah butir-butir maklumat yang disampaikan kepada pihak Amerika juga dimaklumkan kepada orang ramai.

“Skandal 1MDB telah menular sekian lama dan telah merosakkan reputasi antarabangsa negara kita.

“Rakyat berhak sesuatu yang lebih baik dari ini dan mereka berhak mendapat kebenaran,” katanya lagi.

Dalam ucapannya di Washington, Session menyifatkan kes berkaitan 1MDB itu sebagai “kleptokrasi paling teruk” kerana siasatan mendapati dana 1MDB digunakan untuk “perbelanjaan mewah” seperti USD200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, USD130 juta dalam karya seni, USD100 juta untuk muzik dan kapal layar USD265 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70827

Posted by on Dec 6 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE