Nik Nazmi desak SPR daftar pengundi muda secara dalam talian

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) agar melaksanakan pendaftaran pengundi baru secara dalam talian memandangkan parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mendaftarkan pengundi baru.

Menurutnya, pendaftaran di pejabat pos yang masih diguna pakai tidak mampu untuk menggalakkan pendaftaran pengundi muda yang kini lebih cenderung melakukan urusan mereka secara dalam talian.

“Sekarang kena ke pejabat pos. Anak muda jarang pergi ke pejabat pos kecuali yang berniaga online.

“Kalau nasib baik jumpa kaunter pendaftaran undi tapi bila parti politik tak boleh daftarkan pengundi macam sebelum 2013, kaunter-kaunter kena harapkan SPR sahaja.

”Sekiranya SPR tidak bersetuju dengan pendaftaran automatik, bolehkan pendaftaran online. Malaysia-kan canggih: bayar cukai, bayar bil, bayar saman – bab bayar duit semua boleh online.

“Pembaharuan pasport pun boleh online. Kenapa mengundi tak boleh?” katanya dalam kenyataan.

Beliau turun menggesa agar had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun daripada syarat sedia ada iaitu 21 tahun.

“Umur pengundian patut diturunkan ke 18 tahun seperti banyak demokrasi-demokrasi maju yang lain.

“Malah negara jiran kita Indonesia mempunyai had umur mengundi 17 tahun. Umur 18 kita akan dibicarakan sebagai dewasa, boleh dihukum bunuh dan juga menandatangani kontrak. Tidak ada sebab tak boleh mengundi,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan keadaan semasa, golongan muda layak mengundi yang terdiri daripada kira-kira 3 juta orang pengundi baharu tiada pilihan selain daripada berusaha menjejakkan kaki ke pejabat pos untuk daftar mengundi.

“Kita tahu proses nak ubah sistem ini lambat. (Datuk Seri) Najib (Razak) mungkin takut dengan memudahkan rakyat daftar sebagai pengundi dan membolehkan rakyat lebih muda mengundi, BN akan rugi.

“Jadi sementara pentadbiran tidak berubah ini, anak muda kena bertindak. Jika belum pernah berpijak ke pejabat pos, inilah masanya nak kenal pejabat pos.

“Jika perlu tukar kad pengenalan untuk memudahkan mengundi pada pilihan raya umum nanti, tukar kad pengenalan sekarang,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70665

Posted by on Oct 20 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE