Nik Nazmi fokus kempen anak muda & wanita di DUN Seri Setia

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, strateginya untuk mempertahan kemenangan dengan memfokuskan kempen kepada pengundi baru dan wanita.

Menurutnya, anak muda dan wanita merupakan golongan yang semakin celik politik dan menyumbang kepada sebahagian besar jumlah pengundi baru.

Antara gerak kerja Nik Nazmi beramah mesra dengan penduduk setempat

Antara gerak kerja Nik Nazmi beramah mesra dengan penduduk setempat

“Strategi kita untuk menceritakan bagaimana kita mahu meneruskan kecemerlangan di Selangor dan mahu menyaksikan kecemerlangan yang sama di Putrajaya,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Maklumat-maklumat itu akan ditumpukan kepada golongan muda dan wanita,” jelas Nik Nazmi.

Beliau juga siap untuk bekerjasama dan turun padang bersama calon muka baru bagi Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

“Gandingan bersama calon yang berkebolehan, Wong Chen menambah keyakinan bahawa kita mampu pertahankan kedua-dua kawasan ini,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu lagi.

“Dari segi kempen, bilik gerakan sudah sedia dan kita bekerjasama erat bersama PAS dan DAP,” kata Nik Nazmi.

Nik Nazmi memenangi DUN Seri Setia dalam PRU ke-12 pada 2008 dengan majoriti sebanyak 2,863 undi apabila memperoleh 13,838 undi mengalahkan calon BN, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussein yang hanya mendapat 10,975 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50659

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google