Nik Nazmi gembira Majlis Seni disambut baik

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad gembira cadangan penubuhan Majlis Seni disambut Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Beliau memetik jawapan Parlimen kementerian itu yang melihat penubuhan majlis itu sebagai wajar.

“Kementerian ini menyambut baik cadangan penubuhan Majlis Seni untuk memelihara kebebasan seniman, memajukan bidang seni dan lakonan di Malaysia serta menjaga kebajikan seniman. 

“Langkah penubuhan Majlis Seni ini adalah sejajar dengan hasrat untuk memperkasakan lagi pembangunan industri kreatif melalui cabang seni seperti mana penubuhan National Arts Council, Singapura dan Arts Council of England,” jawapan kementerian itu dikongsi ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menerusi Facebook beliau.

Majlis itu juga dijangka dapat memantau pendaftaran keahlian di dalam persatuan perfileman yang menjadi syarat utama di bawah peruntukan Syarat Tambahan Lesen Pengeluaran, Peraturan 4, Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Perlesenan) 1983. 

“Persatuan bertanggungjawab membantu ahli yang berdaftar untuk memperkasakan mereka melalui komponen kebajikan, latihan, insentif, perlindungan dan ikhtisas.

“Bermula tahun 2015, FINAS (Perbadanan Filem Nasional) juga telah menyediakan satu platform resolusi yang dinamakan Dialog lndustri Kandungan Multimedia Negara (DIKMN) bersama penggiat industri untuk membincangkan isu, cabaran dan mekanisme penyelesaian yang diwakili persatuan perfileman,” jawapan itu dipetik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72278

Posted by on Sep 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE