Nik Nazmi gesa menteri pengangkutan teliti masalah monorel

Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Menteri Pengangkutan Anthony Loke agar meneliti isu MRT laluan Muzium Negara dan Bukit Bintang yang tersangkut di landasannya semalam.

Nik Nazmi menarik perhatian Loke terhadap isu tersebut menerusi satu hantaran di akaun Twitter beliau pagi ini.

“Harap pihak berkuasa fokus lihat masalah pokok dan isu-isu teknikal MRT dan monorel semalam.

“Azam tahun baru: nak tingkatkan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Pengendali monorel, RapidKL semalam mengumumkan yang MRT di laluan tersebut terpaksa dipandu secara manual selepas mekanisme isyarat yang membolehkan ia bergerak sendiri rosak.

Kejadian yang berlaku sekitar 6 petang itu mengakibatkan kesesakan penumpang di beberapa stesen sepanjang laluan itu. 

Stesen monorel Bukit Bintang KL juga mengalami masalah sama apabila satu gerabaknya tersangkut di atas landasan.

Ia mengakibatkan kesesakan penumpang di stesen-stesen laluan KL Sentral ke Bukit Bintang dan Bukit Bintang ke Titiwangsa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72817

Posted by on Jan 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE