Nik Nazmi: Hentikan budaya tahan aktivis mahasiswa

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa agar budaya menahan aktivis mahasiswa dihentikan.

Beliau merujuk kepada penahanan dua orang aktivis pelajar itu yang ditahan kerana protes duduk bantah di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, pagi ini.

“Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana adakan protes duduk dan bantah di depan Kementerian Pendidikan.

“Aktivis berkumpul nyatakan kegusaran terhadap pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Dalam Malaysia Baru mereka wajar didengar dan dilayan dgn betul. 

“Budaya tangkap aktivis adalah budaya rejim sebelum ini, kita tidak boleh mencontohi budaya tersebut,” katanya menerusi akaun Twitter.

Dua orang aktivis pelajar, Asheeq Ali Sethi Alivi dan Siti Nurizzah Tazali dilaporkan ditahan polis pagi ini dan kemudian dibebaskan sekitar jam 7 pagi.

Selain Nik Nazmi, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin turut mempertahankan hak pelajar itu untuk menyuarakan bantahan.

“Protes dilaporkan aman. Tak nampak keperluan utk tahan dan siasat aktivis-aktivis tersebut. 

“Sekiranya berlaku kesalahan, yang pada hemat saya pastinya kesalahan ringan, pihak berkuasa boleh tangani dgn bawa mereka keluar dan kunci pagar.

“Tak perlu tindakan lanjutan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72293

Posted by on Sep 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE