Nik Nazmi lapor polis putar belit Umno

Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad membuat laporan polis terhadap kenyataan fitnah seorang pemimpin Umno terhadap beliau dan KEADILAN.

Nik Nazmi menamakan Ketua Penerangan Umno bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang memfitnah KEADILAN menolak al-Quran sebagai kitab sebenar.

“Ia berkenaan ceramah dibuat oleh pemimpin Umno Noran Zamini dan dalam ceramah tu (Noran) ada cakap bahawa KEADILAN keluarkan kenyataan media bahawa kita tolak al-Quran sebagai kitab sebenar.

“Dia (Noran) membuat kenyataan merujuk kepada ulasan yang dibuat Raja Petra tentang sidang media biro politik PKR pada 21 Ogos lalu,” katanya memetik Malaysiakini.

Terdahulu, Nik Nazmi bersama peguamnya membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, pads 12.30 tengah hari tadi.

Nik Nazmi menjelaskan bahasa kenyataan asalnya sewaktu sidang media KEADILAN itu adalah berkaitan hak untuk berdakwah Orang Islam tetapi tidak seharusnya menyakiti perasaan kaum lain.

Kenyataan tersebut juga dikeluarkan susulan isu hangat berkenaan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.

Bagaimanapun kata Nik Nazmi, kenyataan itu telah diputar belitkan oleh kedua-dua individu berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73993

Posted by on Sep 6 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE