Nik Nazmi: Penuhi manifesto jika mahu perbaiki ekonomi

Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Pakatan Harapan agar menunaikan janji manifesto gagasan tersebut sempena ulang tahun pertama peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Anggota Parlimen Setiawangsa itu menegaskan bahawa kerajaan Harapan tidak boleh berpuas hati dan harus berusaha merealisasikan manifesto jika mahu melihat ekonomi negara bertambah baik.

“Saya menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan untuk kembali mencapai tekad manifesto kita.

“Ia sememangnya tidak akan berlaku semalaman tetapi segala yang kita lakukan dan katakan mestilah ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Memenuhi manifesto akan memacu pertumbuhan ekonomi kita, mengurangkan jurang dan merancakkan pembangunan negara.

“Pokoknya, ia akan memajukan Malaysia ke hadapan dan mendaulatkan keadilan ekonomi yang lebih besar untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Nik Nazmi turut berpesan yang rakyat mempunyai kuasa untuk menghukum pemimpin yang mengecewakan harapan mereka.

Oleh itu, penekanan terhadap manifesto dalam mensejahterakan rakyat harus dilihat kembali demi menunaikan janji yang dibuat,” katanya.

Harapan rakyat Malaysia adalah tinggi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menghukum Pakatan Harapan jika kita menghampakan harapan rakyat.

“Ia menunjukkan kepada semua bahawa tiada siapa yang berhak untuk berkuasa selama-lamanya; bahawa pemimpin yang melanggar kepercayaan pengundi dan menyalahgunakan mandat mereka akan ditolak.

PRU14 yang disifatkan sebagai “ibu kepada semua pilihan raya” menyaksikan Harapan yang terdiri daripada empat parti pembangkang iaitu DAP, KEADILAN, Amanah dan Bersatu, telah menumbangkan UMNO-BN yang memerintah selama 60 tahun.

Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan baharu dengan majoriti mudah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73436

Posted by on May 9 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE