Nik Nazmi seru wanita bersama bina negara

Ketua Pemuda Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru kaum wanita agar bersama memainkan peranan dalam proses membangunkan negara.

Seruan itu dibuat pemimpin belia KEADILAN itu sempena Hari Wanita Sedunia menerusi akaun Facebook beliau.

“Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita Malaysia.

“Kepada ibu, isteri, anak, sahabat dan kaum hawa Malaysia: negara kita makmur dan masyarakat kita lebih baik kerana anda.

“Mari kita bersama-sama membawa negara kita ke hadapan ke arah Malaysia yang lebih adil dan berjaya untuk semua,” kata anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu.

Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac setiap tahun dan telah disambut selama hampir 100 tahun.

Ia meraikan pencapaian wanita serta menjadi pemangkin untuk perubahan dalam kesaksamaan jantina.

Tema sambutan pada tahun ini adalah #PressforProgress.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71424

Posted by on Mar 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE