Nik Nazmi: Siasat segera dakwaan WSJ

Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak pernah melobi China untuk membantu menggugurkan siasatan terhadap 1MDB di luar negara.

Nik Nazmi merasakan bahawa tindakan tersebut menjejaskan keselamatan negara demi melindungi karier politik individu.

“Dakwaan ini perlu disiasat dan langkah perundangan tegas perlu diambil terhadap penyangak tersebut jika perlu.

“China juga perlu membersihkan namanya tanpa mengira sama ada tuduhan ini betul atau tidak. 

“Penafian semata-mata dengan menyatakan bahawa China tidak mencampuri urusan negara lain tidak mencukupi,” kenyataan beliau dipetik.

Kerajaan China pada 2016 dilapor pernah menawarkan untuk menebus 1MDB yang menghadapi masalah kewangan sebagai balasan penganugerahan projek saliran paip bagi program ‘One Belt, One Road’.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) memetik minit mesyuarat yang tidak didedahkan sebelum ini, menyatakan bahawa China juga menawarkan untuk memasang peranti pengintip di rumah dan pejabat wartawan WSJ di Hong Kong yang ketika itu membuat liputan 1MDB, bagi mengenal pasti sumber maklumat mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72782

Posted by on Jan 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE