Nik Nazmi tukar fikiran jawatan KLFA

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad menukar fikirannya dalam perebutan jawatan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Beliau yang sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding jawatan presiden kini akan bertanding jawatan timbalan presiden KLFA.

“Setelah mengambil kira pandangan serta pertemuan pelbagai pihak, khususnya perjumpaan dengan penyandang Datuk Seri Adnan Md Ikshan sendiri, saya mengambil keputusan untuk bertanding sebagai salah seorang timbalan presiden.

“Sudah tentu, antara faktor utama keputusan ini dibuat pastilah bagi membolehkan saya menimba pengalaman dalam menguruskan persatuan,” kenyataan beliau dipetik.

Nik Nazmi yang juga ahli Parlimen Setiawangsa itu turut mengesa orang ramai agar menyokong keputusan Adnan untuk mempertahankan jawatan presiden KLFA.

“Saya juga menghargai peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Adnan dalam membawa skuad Kuala Lumpur ke saingan Liga Super, selepas kali terakhir layak pada tahun 2012, dan sebelum itu terpaksa bersaing dalam kancah Liga Perdana serta Liga FAM.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua badan gabungan KLFA untuk memilih Datuk Seri Adnan sebagai presiden KLFA dan saya untuk jawatan timbalan presiden KLFA, di mana saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menjalinkan kerjasama erat dan strategik dengan semua pihak, bagi merealisasikan impian untuk mengangkat martabat skuad Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Nik Nazmi sebelum ini dilaporkan bersaing dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang turut mengintai jawatan presiden KLFA.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72509

Posted by on Nov 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE