Nora reformis didakwa di mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta jam 2.30 petang esok.

Beliau kini dalam tahanan reman di Penjara Kajang selepas ditahan di rumahnya di Jinjang oleh empat anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Penahanan dipercayai dilakukan kerana aktivis Reformasi itu ke luar negeri dalam tempoh dakwaan di mahkamah. Beliau dituduh terlibat dalam satu perhimpunan membantah kenaikan harga barang pada 2008.

Merujuk kepada seorang temannya melalui laman sosial facebook, Nora telah memaklumkan kepada polis mengenai pemergiannya ke luar negeri pada Februari ini melalui surat bertarikh 31 Januari.

“Tetapi pada 2 Februari polis tetap mengeluarkan surat supaya beliau hadir ke mahkamah pada 16 Februari,” katanya lagi.

Semenjak tahun 1998, Nora telah ditangkap dan dibicarakan berpuluh kali.

Manakala pada perhimpunan Januari tiga tahun lalu itu, lebih 40 individu ditahan polis dan dibawa ke mahkamah untuk didakwa termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6849

Posted by on Feb 15 2011. Filed under NASIONAL, SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE