Nurul: Hapuskan kemiskinan pelbagai dimensi menjelang 2030

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berhasrat melihat kemiskinan dihapuskan dalam pelbagai dimensi menjelang 2030.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu percaya, pendekatan tersebut yang diangkat daripada Indeks Kemiskinan Multidimensi yang digagaskan pakar ekonomi Dr Fatimah Kari, adalah lebih berkesan bagi membantu golongan miskin.

“Satu kumpulan yang amat jelas perlukan bantuan adalah mereka yang berada dalam kemiskinan – mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan sukar untuk bertahan.

“Saya percaya dengan kayu ukur kemiskinan yang merentasi pelbagai dimensi, kita akan mampu membantu mereka dengan jauh lebih berkesan

“Jadi sebahagian daripada wawasan yang disebutkan hari ini adalah menghapuskan kemiskinan menjelang 2030 dengan menggunakan kayu ukur baharu dan ia perlu melangkaui pendapatan yang seseorang itu perolehi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi panle forum Beyond 2020: Fresh Views, New Visions di Sunway University, Petaling Jaya hari ini.

Fatimah Kari dalam kajiannya meneliti taraf hidup rakyat termiskin dalam kalangan golongan miskin, termasuk nelayan di Bachok, Kelantan, Orang Asli, penduduk miskin di bandar yang tinggal di rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan seperti Lembah Pantai dan Batu Caves.

Beliau kemudian merumuskan empat kayu ukur kemiskinan yang meliputi aspek kesihatan, pendidikan, taraf hidup dan aktiviti ekonomi.

Sementara itu, seorang lagi anggota panel forum, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata teknologi tidak harus ditakuti semata-mata kerana keupayaannya untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia.

Sebaliknya kata beliau, teknologi sebenarnya boleh meningkatkan kadar upah pekerja.

“Selain daripada menggaji empat orang untuk bekerja, laburkan dalam teknologi, upah seorang sahaja untuk buat kerja yang sama dan bayar beliau dua atau tiga kali ganda,” katanya.

Forum tadi dianjurkan Jeffrey Cheah Institute for Southeast Asia dan badan pemikir The Centre yang diasaskan Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang turut menjadi anggota panel forum.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73904

Posted by on Aug 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE