Nurul Izzah bidas SL1M jadikan pelatih tenaga kontrak

KUALA LUMPUR 3 OGOS: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kerajaan menutup sebelah mata terhadap berkata Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang disalah guna majikan dengan menjadikan pelatih SL1M pekerja kontrak yang boleh dilupuskan sejurus tamat tempoh latihan.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata kerajaan seharusnya peka dan mencari solusi dalam mengenal pasti pasaran pekerjaan yang diperlukan graduan pada masa hadapan.

“Kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah pengangguran belia yang berlaku dalam generasi kini, dengan menawarkan solusi yang pantas dan tuntas.

“Perlu diingat, golongan belia yang memerlukan pekerjaan ini menghadapi tekanan dan persaingan daripada graduan-graduan baru yang lebih bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran berdasarkan pengalaman senior mereka.

“Adalah amat menyedihkan sekiranya kita berbangga dengan kejayaan ekonomi yang kononnya gah di atas kertas, tetapi tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan buat graduan yang berkelayakan,” katanya dalam kenyataan.

Statistik Jabatan Perangkaan Negara mendapati pada 2016, 4.2 peratus graduan peringkat universiti, politeknik, kolej komuniti, dan institut latihan adalah penganggur.

Manakala 2.6 peratus daripada golongan yang tiada pendidikan rasmi tidak mempunyai pekerjaan.

Disamping itu, Izzah turut membidas kerajaan Umno BN yang gagal untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan memimpin rakyat untuk mencari taraf hidup yang lebih baik dan selesa.

“Salah satu peranan terbesar kerajaan adalah untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang sejahtera.

“Namun, situasi pengangguran belia membuktikan bahawa kerajaan sedia ada belum cukup berkelayakan untuk memimpin Malaysia ke arah menjadi negara berkebajikan yang berprestasi tinggi.

“Janganlah sampai ada rompong ekonomi dan kestabilan yang besar di antara gen-X dan generasi muda masa kini, kerana ia akan mengganggu gugat taraf kehidupan masyarakat akan datang.

“Bangkitlah kerajaan Malaysia, ke arah membantu golongan belia yang menganggur dan membina modal insan yang holistik,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70329

Posted by on Aug 3 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE