Nurul Izzah dakwa pemerhati pilihan raya pernah terima dana Najib

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik pemerhati tidak berpengalaman untuk memantau pilihan raya.

Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) kata Nurul Izzah, mempunyai kaitan dengan sebuah badan yang dibiayai kerajaan Malaysia, Cambridge Malaysian Education Development Trust (CMEDT).

“MCSC yang berpusat di Cambridge, United Kingdom terbukti tidak berkemahiran dalam pemantauan pilihan raya dan hanya bertindak sebagai penganjur persidangan tahunan demokrasi dan pilihan raya.

“Malah, salah satu ahli lembaga pemegang amanah CMEDT ialah PM Najib Abdul Razak. Turut menjadi persoalan, apakah kepentingan ahli jawatankuasa eksekutif MCSC yang juga merupakan ahli pemegang amanah bagi CMEDT?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memetik laporan Suruhanjaya Kebajikan U.K. yang melaporkan bahawa MCSC bekerjasama dengan CMEDT dan pernah menerima dana daripada kerajaan Malaysia sebelum ini.

“Bukankah ini satu lagi bukti bahawa adanya pihak berkepentingan dalam organisasi berkenaan, lalu bakal menjejaskan proses pilihan raya negara yang kian meruncing menjelang PRU14?,” soalnya.

“Tan Sri Mohd Hashim Abdullah wajib tampil menjawab secepat mungkin kerana isu ini membabitkan unsur penipuan, konflik kepentingan individu dan masa depan negara.

“Sebarang usaha untuk berdolak-dalik atau menolak soalan tentunya menampakkan ada perkara yang cuba disorok daripada pengetahuan rakyat Malaysia,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71608

Posted by on Apr 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE