Nurul Izzah desak Putrajaya dedah butiran pelaburan China

Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan butiran setiap perjanjian pelaburan dan usaha sama China di negara ini, kata Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan orang awam menilai butiran dan baik buruk pelaburan dari negara itu yang bernilai ratusan bilion ringgit.

“Apabila nilai yang begitu besar menjadi sandaran, rakya sebagai pihak berkepentingan utama (stakeholder) berhak mendapat akses maklumat segala butiran berkaitan. Sebarang penyembunyian dan penyelewengan fakta adalah satu bentuk korupsi.

“Maka wajar bagi Najib membentangkan tanpa selindung semua terma dan syarat yang diletakkan pelabur luar termasuk China, agar masyarakat tahu dan faham bentuk pembiayaan, pulangan pelaburan yang mungkin diperolehi dan beban yang bakal ditanggung negara,” katanya dalam kenyataan.

Antara projek besar yang melibatkan China di negara ini adalah Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion, Melaka Gateway (RM42 bilion) dan projek Forest City di Johor Bahru (RM100 bilion).

Pakatan Harapan dalam manifestonya berikrar untuk menyemak semula kontrak yang ditandatangani dengan selepas memenangi pilihan raya umum ke-14.

Nurul Izzah berkata Harapan tidak akan sama sekali memperjudikan nasib negara kepada orang luar.

Menurutnya, Najib perlu menjelaskan penggunaan tenaga kerja dari China berbanding pekerja tempatan untuk projek yang dilaksanakan negara itu.

“Saya yakin ramai ternanti-nanti penjelasan Najib tentang perkara ini. Sehingga hari ini, hanya jawapan bertulis Parlimen dalam satu muka surat yang diberikan dan tiada penjelasan terperinci,” katanya lagi.

Beliau merujuk jawapan Kementerian Dalam Negeri pada 4 April lalu yang menyatakan pemaju ECRL memohon mengambil pekerja dari China “kerana peralatan, jentera dan mesin yang digunakan merupakan teknologi China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin”.

Namun ia bertentangan dengan kenyataan pemaju ERCL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sehari kemudian, yang berkata hanya 30 peratus tenaga kerja untuk projek itu dari China dan negara Asia lain.

Projek ECRL dimiliki (MRL) manakala kontraktor utamanya adalah China Communications Construction Company (CCCC).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71614

Posted by on Apr 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE