Nurul Izzah gesa formula ‘Malaysia Baru’ dirumuskan

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata semangat ‘Malaysia Baru’ yang meresapi jiwa rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 perlu terus diisi maknanya oleh  Pakatan Harapan (PH).

Menyampaikan ucapan penggulungan Kongres KEADILAN ke-13, beliau berkata satu formula ‘Malaysia Baru’ perlu dirumuskan sebagai panduan untuk orang ramai.

“Apa itu Malaysia Baru? Rakyat masih menanti maknanya…Ia bukan stesen terakhir bagi KEADILAN. Kita harus merumuskan formulanya.

“Jika gagal, kita akan menanti hukuman (daripada) rakyat,” katanya di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga memberi amaran bahawa KEADILAN perlu kekal relevan dengan orang jika mahu terus mentadbir negara.

“Tiada jaminan untuk kita menang dalam PRU ke-15. Relevannya KEADILAN apabila kita relevan dengan suara rakyat,” katanya yang juga anggota parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu dalam ucapan yang sama Nurul Izzah yang menggelarkan dirinya sebagai “anak reformasi” turut mengulangi pendirian untuk tidak memegang jawatan Kabinet.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada desas desus mengenai rombakan kabinet yang mungkin berlaku selepas pemilihan KEADILAN selesai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72579

Posted by on Nov 18 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE