Nurul Izzah: Hina Umno tindakan patriotik sayangkan negara

KUALA LUMPUR 18 JULAI: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa orang ramai agar terus mengkritik muslihat Umno dalam pentadbiran negara.

Menurutnya, orang ramai perlu mengambil teladan daripada keberanian Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang baru sahaja dibebaskan daripada sabitan kesalahan mendedahkan Umno sebagai dalang kepada serangan agama di Selangor pada 2014.

“Apabila kita menghina Umno bukan bermakna kita melakukan sesuatu yang fitnah dan jahat.

“Menghina Umno bermakna kita sayangkan Malaysia dan kita seorang patriot,” katanya sewaktu berucap pada ceramah “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Shah Alam, malam tadi.

“Jadi, boleh kita hendak ikut jejak langkah YB Rafizi tetapi carilah peguam dan bincang dahulu. Hati-hati ya,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengusik Rafizi yang baharu sahaja tiba di pentas ceramah sewaktu beliau berucap.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Julai 2017 mengetepikan sabitan terhadap Rafizi Ramli selepas naib presiden KEADILAN itu didakwa membuat kenyataan mengaibkan dengan niat mengganggu keamanan.

Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, sabitan terhadap Rafizi mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan sebelum ini tidak dapat dipertahankan, lapor Malaysiakini.

Beliau juga mendapati pendakwa gagal membuktikan Rafizi berniat begitu dan ia adalah faktor penting untuk sabitan kesalahan.

Beliau didakwa melalukan kesalahan berkenaan melalui satu artikel yang tersiar pada Februari 2014.

Melalui tulisan berkenaan Rafizi mendakwa Umno menjadi dalang di sebalik serangan agama di Selangor pada 2014.

Rafizi kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70255

Posted by on Jul 18 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE