Nurul Izzah tiup semangat atlit Sukan SEA

Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar semalam mengucapkan selamat maju jaya kepada atlit-atlit negara yang bertanding dalam Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Beliau gembira dengan pungutan pingat negara setakat ini dan mendoakan agar Malaysia memperolehi lebih banyak kemenangan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua kontinjen Malaysia yang sudah berjaya dan yang masih berjuang untuk mendapatkan kemenangan dalam Sukan SEA kali ini.

“Dengan jumlah pungutan medal yang tinggi, saya doakan agar kita beroleh kemenangan membuktikan semangat juang dan usaha yang kuat.

“Terus berusaha dan majulah sukan untuk negara!” kenyataan beliau di laman Facebook miliknya dipetik.

Kenyataan yang sama turut diiringi video ringkas ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengucapkan tahniah kepada Menteri Beia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mewakili negara dalam acara polo.

“Tidak dilupakan Menteri Belia dan Sukan, saudara Khairy Jamaluddin yang semalam menang dalam acara bersama Brunei, tahniah kita ucapkan,” katanya.

Khairy dan pasukan Malaysia menang 14-2 dalam perlawanan pembukaan menentang Brunei pada 22 Ogos dan akan bertemu Singapura hari ini.

Setakat hari ini, Malaysia mendahului kedudukan dengan mengumpul 119 pingat dengan 50 emas, 37 perak dan 32 gangsa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70415

Posted by on Aug 24 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE