OKU ketuai Jelajah 51 Hari Bebas Anwar Selamatkan Malaysia

Anggota KEADILAN yang juga seorang individu kelainan upaya, Isaiah Jacob melancarkan kempen Jelajah 51 Hari bagi mendesak pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula pada 21 Oktober lalu, anggota KEADILAN dari Pulau Pinang itu akan berpuasa dan berjalan ke seluruh negara bersama 50 orang lain bagi menyampaikan mesej menuntut pembebasan Anwar.

Pada 8 pagi bermulanya perjuangan ini di perhentian pertama iaitu Kepala Batas dan berhenti di Teluk Ayer Tawar yang berada 4 kilometer jauh dari perhentian pertama.

“Rombongan ini diketuai oleh wakil daripada Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Wanita KEADILAN, anak muda Pulau Pinang serta semua lingkungan umur yang mempunyai semangat inginkan perubahan kepada tanah air Malaysia.

“Seramai 50 orang telah mengambil bahagian dalam menyertai jelajah ini,” kenyataan setiausaha acara tersebut dipetik.

Isaiah dijangka menamatkan perjalanannya di Kuala Lumpur pada Disember nanti.

Usaha Isaiah ini adalah salah satu daripada siri tuntutan dan desakan untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Anwar akibat dipenjarakan kerana Fitnah II.

Pada 8 Mei, persatuan aktivis awam, Otai Reformasi menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, merayu pengampunan diraja diberikan.

Persatuan itu meminta Agong mengampunkan Anwar supaya beliau dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Selain daripada Otai Reformasi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) #BebasAnwar juga sedang berkempen untuk membebaskan Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70678

Posted by on Oct 24 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE