Operasi gempur Pati jangan sekadar wayang

KUALA LUMPUR 11 JULAI: KEADILAN menyambut baik tindakan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan operasi besar-besaran bagi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang tidak didaftarkan di bawah program Enforcement Card atau E-Kad.

Namun Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, ia perlu dilakukan secara serius dan bukan sekadar wayang semata-mata.

“Masalah pendatang asing telah sampai ke kemuncaknya, kita harapkan agensi berkenaan serius dalam menangani isu ini.

paper-pati“Namun saya masih belum melihat kesungguhan politik dari pemimpin kerajaan dalam isu ini, tahun demi tahun kita lihat perkara ini tidak berjaya diatasi sebaliknya bertambah rumit.

“Saya berharap penguatkuasaan ini tidak hanya dibuat ketika menjelang musim pilihanraya saja, sebaliknya perlu dijalankan secara konsisten,” katanya ketika dihubungi.

 

Sementara itu, Fahmi yang juga Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) turut mengkritik program E-Kad yang disifatkannya sebagai gagal.

Ujar beliau, antara masalah utama program E-Kad dan pelbagai program pemutihan adalah pekerja asing terbabit tidak diberikan maklumat selengkapnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, gerakan besar-besaran akan diadakan bagi menahan pekerja asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Ujarnya, Pati yang ditangkap akan dibawa ke depoh tahanan sementara Imigresen seluruh negara sebelum proses pengusiran dilakukan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70219

Posted by on Jul 11 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE