Ops Tampal Jalan baiki 293,925.53 meter persegi jalan sepanjang Jan 2013

Ops Tampal Jalan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk membaiki jalan dan menampal jalan-jalan berlubang di seluruh Selangor termasuk jalan persekutuan telah berjaya menampal sejumlah 293,925.53 meter persegi sepanjang Januari 2013.

Khalid-Ibrahim-SELANGORDaripada jumlah ini, jalan dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) paling banyak ditampal dengan sejumlah 51,476 meter persegi atau 18 %, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejumlah 45,365.93 meter persegi atau 15 peratus manakala Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan 28,152.40 meter persegi atau bersamaan 10 %.

Pihak berkuasa lain, Majlis Bandaraya Shah Alam (24,064 meter persegi), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (24,389.20 meter persegi), Majlis Perbandaran Subang Jaya (27,530.61 meter persegi), Majlis Perbandaran Sepang (4,643 meter persegi), Majlis Perbandaran Selayang (25,441 meter persegi), Majlis Daerah Kuala Langat (6,627.44 meter persegi), Majlis Daerah Kuala Selangor (20,515.95 meter persegi) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (17,439.34 meter persegi).

Bagi bulan Februari, sejumlah 100,710.16 meter persegi jalan berlubang telah ditampal setakat 5 Februari lalu yang mana 20 peratus daripada jumlah ini melibatkan jalan-jalan dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor.

Rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824, dan juga menghubungi talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.

Setiap aduan ini akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.

Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam demi keselesaan bersama.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44510

Posted by on Feb 7 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google