Pakatan ajak rakyat cipta tema kemerdekaan untuk ganti ‘Janji Ditepati’

Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa.

Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kementerian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka.

Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Umno telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.

Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com

Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.

Y.Bhg Dato Mustafa Ali           YB Nurul Izzah Anwar         YB Teresa Kok

Setiausaha Agung PAS           Naib Presiden KEADILAN                 Setiausaha Pengelola DAP

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33509

Posted by on Jul 27 2012. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google