Pakatan anjur Himpunan Intifada bantah Amerika

Pakatan Harapan akan mengadakan satu himpunan bagi membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Himpunan dinamakan Himpunan Intifada Baitul Maqdis itu akan berlangsung di hadapan kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, minggu ini.

“Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, untuk mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu tindakan yang mencabar maruah warga Palestin dan umat Islam, dan bakal menimbulkan ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.

“Setelah mengadakan perbincangan dengan pimpinan Pakatan Harapan, saya ingin mengumumkan bahawa satu Himpunan Intifada Baitul Maqdis akan diadakan pada hari Jumaat, 15 Disember, selepas Solat Jumaat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Himpunan ini adalah sebagai tanda solidariti serta keprihatinan Pakatan Harapan terhadap nasib dan masa depan negara Palestin. Maka, semua yang ingin menyuarakan bantahan terhadap langkah Amerika Syarikat ini digesa untuk hadir beramai-ramai,” kata Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan.

Trump sebelum ini mengumumkan pemindahan Kedutaan Besar US di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, atau bakal dikenali sebagai Jerusalem sebagai langkah rasmi pengiktirafan ibu kota Israel itu.

Langkah itu dikhuatiri akan menjejaskan usaha damai Palestin dan Israel selain memburukkan lagi konflik di Timur Tengah.

Kekhuatiran itu dikongsi banyak negara termasuk sekutu AS sendiri seperti Perancis, Arab Saudi dan Turki.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70853

Posted by on Dec 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE