Saiz Teks: A A A

Pakatan bentang usul tergempar hentikan Lynas- Anwar

KUANTAN 26 Feb: Pakatan Rakyat berikrar akan membentangkan usul tergempar di parlimen untuk menghentikan operasi kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Kuantan, Pahang.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Hijau di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, Kuantan, pagi ini.

“Pakatan akan buat usul gempar mengenai bantahan anti-Lynas kepada kerajaan Malaysia,” kata Anwar Ibrahim sewaktu bercakap kepada lebih 10,000 peserta Himpunan Hijau.

Bercakap lanjut, Anwar menyifatkan kerajaan  tidak menghormati rakyat apabila memberikan lampu hijau kepada syarikat dari Australia itu untuk beroperasi di Kuantan.

“Pemimpin Umno tak hormat kepada rakyat, (mereka) hanya tahu duit, duit, duit,” kata Anwar.

Justeru, Anwar memberi jaminan bahawa operasi kilang itu pasti akan dihentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran di Putrajaya kelak.

“Apabila Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya, kita batalkan projek Lynas,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Himpunan Hijau yang berlangsung di Kuantan, Pahang  hari ini bertujuan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Material Plant.

Operasi kilang itu dibantah kerana sisa nadir bumi yang diproses dipercayai bersifat radioaktif dan membahayakan kesihatan manusia.

Di Kuantan, terdapat lebih 10,000 orang berkumpul membantah operasi Lynas sementara di Maju Junction, Kuala Lumpur pula kira-kira 500 orang membantah operasi kilang itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27222

Posted by on Feb 26 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry