Pakatan Harapan ikrar angkat autonomi Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR 7 OGOS: Pakatan Harapan akan mengangkat martabat Sarawak sebagai sekutu yang sama penting dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia, kata Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian pada sesi “teh tarik dan borak santai” di Kuching, semalam lapor The Malaysian Insight.

“Sekutu yang setaraf? Sudah tentu. Ia bukan satu isu. Kita akan berikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak,” beliau dilaporkan berkata.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sewaktu menjawab soalan hadirin sesi tersebut yang gusar jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan meneruskan dasar beliau ketika memimpin negara selama 22 tahun.

Pemimpin kanan PH itu juga menggesa hadirin yang rata-rata terdiri daripada golongan belia agar tidak menumpukan perhatian kepada dasar-dasar Dr Mahathir pada masa dahulu.

Sebaliknya kata Nurul, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak.

“Sesiapa sahaja yang mendukung agenda reformasi Pakatan dan agenda rakyat tidak perlu diketepikan.

“Agenda Reformasi adalah penting kepada PH. Kita berada di sini hari ini kerana agenda ini,” katanya.

Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963 dan mempunyai beberapa hak autonomi dalam pentadbiran mereka walaupun ia tidak lagi dihormati sepenuhnya oleh Putrajaya.

Pada masa sama, pentadbiran Umno BN hari ini tidak mengangkat taraf hidup rakyat Sarawak yang tersenarai sebagai antara negeri termiskin walaupun kaya dengan sumber alam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70338

Posted by on Aug 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE